Assalamualaikum :)

Hi guys!

Selamat datang ke blog Tiqah !
A wife to Ahmad Basyir and Insha Allah Mommy to be.

Suri rumah sepenuh masa dan berbisnes online Vitamin Shaklee dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cantik

Friday 17 July 2015

Bunga Kertas



Rupa hati tiada rasa,

Menjadikan aku sang dungu,
Berteman air mata persoalan,
Cuma menerima takdir tuhan yang indah,

Ku Gubah ruang hati biar berwarna,
Suram terhias terconteng,
Maafkan aku.

Hadir dia tiada ungkapan jua lukisan,
Resah menggelisahkan zahir,

Menenangkan sukma batin,
Lazuardi  biru menitiskan embun dingin.

Menunduk mencari garisan aku dan dia,
Yang terlihat cuma kisah dulu,
Tiada episode baru tercipta,
Berbinar hati membingkai  kisah ciptaan dia.

Biar masa memutar duka,
Biar aku menangisi lembaran ini,
Wahai dia,jangan racuni aku.

Terima kasih huluran dia,
Sambut perlahan biarkan aku terpegun,
Biar ku himpunkan makna bicara,
Senyum lesung dia yang terukir kian ikhlas.

Sabar lah wahai dia,
Tetap langkah mu di sana menanti aku.

Mafraq,
Jordan.
18 Julai 2015
03.07 am


Saturday 11 July 2015

Erti Hidup : Erti Memberi


وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, niscaya Dia akan menggantinya” [Saba’/34 : 39]


“Boleh Kak Tiqah jadi programmer untuk raya korban tahun ini?”
 Screen Gajet Sony Xperia kemas di genggaman saya,Pesanan dari WhatsApp dari junior,Hawa Mahani seorang srikandi yang selalu semangat dan ceria,tak jemu bertukar pandangan dengan gadis keturunan jawa berkulit sawo matang ini.

Saya mencongak, ‘ boleh ke aku manage masa ni?, ok siasat dulu program ni’.

Akhir keputusan,Saya bersetuju !

Bukan saya tak biasa menguruskan program cuma inginkan ‘kerehatan’ yang cukup untuk diri sendiri.Pernah saya menguruskan Minggu Taaruf Siswa selama 3 hari berturut-turut,usai wida’ program saya demam panas di’topup’ kan dengan sesak nafas,meraung ingin pulang,Sumpah ! Itu bermulanya saya menghargai nikmat kesihatan.

Mafhum hadis Rasullah S.a.w : “2  nikmat yang sering di lupakan adalah ; Nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”


Tapi, tiada rezki saya ingin ‘memberi’ untuk adik Hawa Mahani,Bulan 8 saya terpaksa terbang pulang ke tanah air kerana erti hidup saya perlu ‘memberi’  untuk keluarga saya.
Semoga Hawa Mahani terus kuat ‘memberi’ untuk diri sendiri dan orang lain.

* * * * * *

Bagaimana Erti Hidup : Erti Memberi?



Saya berjalan perlahan bersama teman,Ain dalila,melangkah ke kedai kasut pilihan.Sudah lenguh kaki  sehari-hari menyarung sandal bertumit sederhana ke kelas,Jordan bukan negara yang boleh berlenggang di kuliah.Dari kuliah ke kuliah berjalan bagai kembang otot-otot betis,jauh benar.Universiti Al Al-Bayt bila di tanya kuliah di mana : Di Mujamma’ Quraish ; terbayang pelajar terkocoh-kocoh berjalan,ada yang berebut-rebut,terpaksa menjadi ‘kecil sementara’ di celah pelajar arab yang kasar,bertubuh tinggi.

Kasut formal lebih berkenan di hati. Ya ! Mahasiswa personalitinya harus kemas.

Rasullah s.a.w sentiasa berwangi-wangian,jubahnya senantiasa bersih dan kemas.Praktis sunnah Rasullah bukan dalam ibadat sahaja,mengikut qudwahnya [ Perbuatan,Perkataan,Kehidupan],ini yang di namakan mencintai Insan mulia Muhammad Bin Abdullah
.
Cinta bukan melafazkan,Cinta merealisasikan

Di luar kedai kasut Ittaliya hiruk pikuk pecan,bunyi hon kenderaan,bunyi orang arab memekik,sudah kebiasaan begitu,tiada yang aneh. Kelihatan si tua berkerusi roda,separuh tubuhnya di tutp selimut nipis,warnya juga usang,saya dan Ain mendekati. Tidak lebih 10 kotak makanan ringan yang di jualnya di susun rapat atas meja sederhana kecil. Saya dan Ain berpandangan,ada maksud sendiri di fikiran masing-masing.

“Ghedish Ammu?” Berapa harga pak cik

Berulang kaki beliau mengulagi,saya dan Ain kurang jelas,kesan dari mulutnya yang herot,sakit barangkali.Semoga kuat Pak cik.

Asyrah” Sepuluh Qursh.

Menyeluk poket,semoga Allah murahkan rezki pak cik di bulan Ramadhan.

Saya hanya menyelesaikan baki wang dengan menolak,bukan fikir saya masih banyak wang atau status pelajar di negeri orang,Cuma sebentar tadi saya membeli kasut dengan harga 7 JD,masakan hanya 0.50 qursh saya berkira?

Pak cik tua tunduk,tubir matanya bergenang,mengangkat tangannya lantar terluncur kata-kata pujian untuk Tuhan Sekalian Alam.

* * * * * *

Jika kita lihat di sekeliling kita tiada ertinya putih tanpa hitam,bintang tanpa bulan,mawar tanpa duri. Sejauh mana kita memberi adalah sepanjang perjalanan kita yang tiada hentian.

Ubai Bin Ka’ab berkata :” Taqwa ibarat kamu berjalan di atas jalan yang ada duri”


Pilihan kita untuk terus melangkah dengan memijak duri atau mengelakkan duri dari mendarahkan kaki kita.Jika kita memijak duri tiada gunanya perjalanan yang masih panjang tanpa sepasang kaki yang sihat,perjalanan di habiskan sekadar mengaduh sudah seharian.
Teruskan memberi dan menghulur.

Mafraq,
Jordan.
11 Julai 2015
0602 pm