Assalamualaikum :)

Hi guys!

Selamat datang ke blog Tiqah !
A wife to Ahmad Basyir and Insha Allah Mommy to be.

Suri rumah sepenuh masa dan berbisnes online Vitamin Shaklee dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cantik

Thursday 21 August 2014

Lelaki Itu (Cerpen)

Lelaki Itu.

“Kak ngah,Kak Cik ! Letak baju sekolah dalam baldi,Rendam dulu baju tu”
.Suara Ayah memecah gegendang telinga tatkala Hari Khamis menjengah.Kak ngah,Kak cik bergerak pantas ,gerun barangkali,ayahnya bukan seperti ayah yang dulu.Peristiwa 7 tahun dulu seakan mengubah ayah menjadi seorang yang lain,bukan diri nya sendiri.

Seorang lelaki bergelar Ayah tunggal setelah isteri Pulang menghadap Illahi,keperitan yang di tanggung seakan melunyaikan impian Bahtera Perkahwinan nya. Kekuataanya 4 orang putri yang masih kecil.Saat isterinya mengemaskan tautan jari dia percaya itu adalah Cintanya hingga ke syurga detik itu dunia nya gelap….

15 tahun yang lalu
05 Mei 1999

“Sabar,Mengucap,sebentar lagi Nurse datang”

 Kata kata semangat seorang suami saat Isteri melahirkan zuriat begitu syahdu.Tetapi Allah Maha Berkuasa,suara bayi memecah kesunyian Di perkarangan Hospital Besar Jertih Jam 3 pagi.Ayah berlari menjerit memanggil Nurse.Umi di letakkan di atas stretcher,Darah keluar tanpa di ganti,mungkin itu kesilapan yang lalu.Ayah bersuara ,

“Nurse,kenapa tak masukkan Darah?”,
Kegusaran ayah menzahirkan kasih si suami.

”Saya tahu,Ini kerja saya” Nurse memberi jawapan.

Ayah hanya diam,hanya bertanya kerana dia pernah bertugas di hospital suatu ketika dahulu.
Ambulans bergerak laju membelah kepekatan malam , Hospital Kubang kerian perjalanan yang menjadi saksi seorang Ibu berjuang sudah di panggil Maha Pencipta.
Di rumah,seorang anak merengek memanggil

“Umi,umi”,nenek memeluk “Umi balik esok,Umi dengan ayah pergi ambil adik baru,Tidur dengan nenek dulu ye sayang” hanya ungkapan itu supaya cucunya memahami.  
                              
Hospital Besar Jertih
“Encik,pihak hospital terpaksa hantar isteri Encik ke Hospital Besar Kubang Kerian , Kota Bharu” .
 Perjalanan membelah kesunyian malam menjadi saat seorang ibu berjuang pulang ke pangkuan tuhannya.Terputus semua amalan di dunia kecuali 3 perkara ; ilmu yang bermanfaat,anak yang soleh dan sedekah jariah.

06 Mei 1999

Allah s.w.t berfirman : “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati 3 : 185”  kerana mati tidak mensyaratkan sakit mahupun tua. Ambulans bergerak laju membawa jenazah, Sudah menjadi tanggungjawab insan yang masih di beri peluang merasai nikmat kehidupan menguruskan insan yang sudah di jemput Illahi,Allah terkadang menghadirkan kematian dalam kehidupan kita sebagai peringatan dalam kehidupan manusia bahawa di dunia ini tiada perkara yang kekal.

Usai urusan pengebumian,Ayah termenung jauh,Dalam fikirannya,apa yang aku nak buat lepas ni? Bagaimana kehidupan aku selepas ini? Melepaskan pandangan anak anak kecil sayu singgah di lubuk hati.Ayah bermonolog ‘Aku adalah ibu,aku jua ayah’.Fikiran ayah buntu,kosong ! Tindakan yang mampu di lakukan memohon cuti selama 3 Bulan tanpa gaji,biar tenang fikiran,biar selesai urusan.
“Mak,saya balik ke kampong saya Melaka”

.Nenek terdiam , mata Pak Long berkalih ke ayah lantas menyudahkan kunyahan terakir
 “Aku bukan apa Azam,kau ni dah macam adik aku sendiri,tanah di hujung sana atas nama arwah,bila anak kamu besar nanti jadi milik anak kamu,kamu duduk saja di sini,aku risau bila kamu pulang ke Melaka susah kamu nak balik ke sini,anak-anak kamu tak kenal saudara mara kat sini”.
Ayah termenung

 “Nanti saya fikirkan Abang aziz”

Ayah meneruskan kehidupan,mengikut nasihat Pak Long Aziz,Setiap hari jumaat ayah tidak pernah lupa menziarahi pusara arwah umi,kami ikut sama,Sehingga sewaktu aku berumur 6 tahun Surah Yasin sudah sempurna dalam ingatan aku. Ayah menduda sehingga aku menjejakkan kaki ke Jordan ,ada sahaja yang memuji kesetiaan ayah,Aku hanya tersenyum lantas hati bermonolog ‘Ayah aku setia hujung nyawa’. Ayah tidak pernah mengabaikan makan minum,pakai kami adik beradik apatah lagi soal pelajaran agama.Ayah sangat tegas dalam menjaga aurat anak perempuannya,pernah ketika ayah sangat marah bila Kak cik keluar rumah tanpa baju kurung,walhal pakaian ketika itu masih menutup aurat,Begitulah ayah sering melihat urusan agama perlu sempurna. Oh Ayah !

“Lepas maghrib baca Al quran dengan ayah,sebelum solat maghrib berjemaah tunggu ayah,sambil tu baca Al Quran,Faham?”
– “ faham ayah.”

Begitu rutin harian kami 3 beradik, adik bongsu Che ngah yang menjaga sejak dari kecil kebetulan anak tuggal Che ngah masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kehadiran adik bongsu mengisi kesunyian di waktu naluri keibuannya menjentik.

September 2007

“Minggu depan Bulan Ramadhan jadi sekolah kita akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar dan keluarga pelajar,jadi balik nanti kamu semua maklumkan kepada ibu bapa masing-masing” Cikgu Kamariah berpesan sebelum mengakhiri kelas pada hari ini.

Kak Ngah berkira-kira dalam hati ‘wah,minggu depan puasa buka dengan ayah di sekolah,Syoknya!’.Kaki laju melangkah ke pagar sekolah,Kak Ngah singgah di kedai kecil Kak Yah,membeli jajan,sambil berjalan dia menguyah jajan,kalau di simpan di rumah naik minyak ayah nya.
Usai solat zuhur Kak Ngah mencapai penyapu,di sapu satu rumahnya,mencuci pinggan,melipat kain,itu rutin hariannya bila pulang sekolah,Kak Long sudah menghuni asrama jadi semua itu berpindah untuk dia .Kalau ikutkan hati ingin saja membaringkan tubuhnya yang lesu tambahan dia berjalan dari sekolah 15 minit,tapi dia tahu ayah sangat pembersih,dia mahu ayah sentiasa dalam keadaan tenang.Selepas solat asar Kak Ngah melelapkan mata,bermimpi dalam dunia kanak-kanak.

Kak Cik menyusun kerusi kecil di keliling meja bulat,membuka bungkusan makanan yang di beli ayah di pasar malam,bukan mereka tidak jemu memakan nasi bungkus saban hari,tapi ketika itu hanya itu pilihan mereka,ayah pulang kerja sudah petang,mahu memasak? Hari Ahad pasar malam di Kampung Raja,Hari isnin di Kampung Gong Bayor,hari selasa di Kampung Bukit Keluang,Hari rabu pasar malam di Kampung Alor Lintang,Hari Khamis pasar malam ni Kampung Aman,Hari Jumaat pasar malam di Kampung Tembila dan Hari Sabtu pasar malam di Kampung Batu Tumboh.Mereka bertiga sudah hafal jadual pasar malam,mungkin kelihatan seperti lucu tetapi itu hakikatnya.Mungkin Cuma hari selasa ayah pulang dari kerja kemudian memasak,berasap juga dapur rumah .

“Ayah tadi cikgu pesan minggu depan ajak ayah berbuka puasa sama-sama di sekolah” Kak Ngah berhenti mengunyah lantas merenung wajah ayah. “Hari apa?” ayah melontar soalan,
“Hari rabu ayah”,suara ceria anak ayah kedengaran
“erm,tengok la dulu” jawapan ayah petanda seribu cahaya.

Esoknya Kak Ngah dan Kak Cik turun di halaman rumah,bercerita dunia kanak-kanak mereka ,Usai solat asar tadi ayah menyarung baju lusuhnya,mencapai parang panjang semak di belakang rumah sudah meninggi.
Selesai ayah menebas “Kak cik ! Ambilkan air sejuk untuk ayah” . Berlari anak Kak Cik, seraya menyahut “Ya Ayah”. 
Ayah mengelap air peluh di dahi,duduk di kerusi batu sambil menghirup air oren lantas kerongkong yang kering terasa lega. Kak Ngah dan Kak cik bermain batu seremban,Ayah menegur

“Kamu berdua ni,main je,malam ni kamu berdua kena belajar matematik dengan ayah,dah maghrib pergi naik,cepat nanti ayah nak mandi pergi masjid”.

Aku bangga kini kerana aku punyai seorang lelaki yang bernama Ayah !
Masa berjalan tanpa menunggu manusia mengejarnya atau hanya di biarkan berlalu.
Majlis berbuka puasa di sekolah hanya tinggal 2 hari,Pulang dari pejabat jam 5 petang ayah merebahkan tubuhnya di kerusi malas lantas melelapkan mata.Kak Ngah dan Kak Cik asyik mengutip batu di halaman  rumah untuk di buat batu serremban,sekali di tegur sekali lenyap batu seremban,sudah  menjadi dunia kanak-kanak.

Bunyi telefon bimbit ayah mengejutkan lena ayah
“Assalamualaikum Bos,hari rabu ni? Dah confirm ke Bos?”. 

Kak Ngah dan Kak Cik memasang telinga di balik daun pintu.
 “Kalau begitu saya akan pergi.Waalaikumusalam”.

 Kedengaran ayah mengeluh perlahan,

“Kak Ngah,mari sini,cabutkan uban ayah,” ayah duduk bersandar sambil matanya di lepaskan di layar skrin televisyen
.
“Ya Ayah” Kak Ngah bangun meninggalkan Kak Cik yang sudah mencuka, mereka baru sahaja mahu bermain tetapi suara ayah lebih perlu di patuhi.

“Kak Ngah,hari rabu ni ayah pergi mesyuarat di Kuala Terengganu,jadi kamu pergi berbuka puasa di sekolah dengan nenek kamu,Ayah balik lewat takut tak sempat”

“Ye Ayah” Suara Kak Ngah perlahan mengiayakan kata-kata ayah.

Ayah tahu Kak Ngah sedih,tapi itu tuntuan kerja sudahnya ayah hanya diam,membiarkan anaknya melayan persaan sedih,dia bukan seorang ayah yang tahu memujuk anak seperti arwah ibu mereka,ayah hanya memahami tetapi tidak tahu menzahirkannya.

Esoknya Kak Ngah dan Kak Cik berbuka puasa di Sekolah Kebangsaan Gong Bayor bersama nenek mereka,nenek mereka yang setia menjaga mereka.Nenek mereka yang suka membebel, kata ayah 

“Nenek kamu waktu dia tidur dengan solat je baru dia diam”,terletus ketawa bila terngiang kata-kata ayah di halwa telinga.

Itu cerita yang lalu. Keperitan seorang ayah membesarkan 4 orang anak tanpa sentuhan kasih sayang seorang ibu mengajar seorang lelaki menjadi tabah walau terkadang rintangan menjadikan dirinya lelaki yang terlalu tegas mendidik anak-anak.

13 Mac 2013.

Jari jemari ayah lancar menaip papan kunci komputer,menyemak kewangan bulanan,sudah menjadi tugasannya setiap bulan,telefon bimbit di letakkan di sebelahnya menunggu satu panggilan dan berharap berita gembira sekali gus terasa penat lelahnya terbalas.

Suasana sekolah Maahad Saniah riuh seakan satu pesta berlangsung,di medan Maahad Saniah itu seorang anak mengenal erti kehidupan berdikari dalam kehidupan. Nur Atiqah Nor Azam kelihatan tenang melangkah ke kantin,bertudung labuh Krim,berjubah kuning kelihatan manis dan santun,kaki melangkah tersenyum manis ke arah sahabat yang bersembang di kerusi kantin. Kak Ngah duduk di sebelah Syafiqah dan Syahira,2 beradik kembar yang menjadi sahabatnya sejak dulu.

“Atiqah,awk tak Nampak cuak pon,tak takut ke?” Soalan yang di jangkakan,lantas Atiqah mengukir senyuman manis.

“Insya Allah semoga Allah memberi keputusan yang terbaik di atas usaha kita,usah risau,Allah memandang usaha kita,kalau keputusan itu bukan kemahuan kita jangan pula kita mengeluh kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita”  Atiqah memeluk bahu sahabatnya,tanda kasih sayang seorang sahabat.

Usai menemui semua guru di sekolah Atiqah melangkah ke Pejabat sekolah,debaran seakan memecahkan dada,hari ini adalah penentuan samaada hadiah atau kepahitan yang akan di kalungkan buat ayah.Mulutnya terkumat-kamit berselawat serta memohon kepada Allah,Ya ! Tadi dia beriya menasihati sahabatnya supaya bersabar dan bertenang,tetapi untuk dirinya dia tewas,semoga Allah mendengar doa seorang anak yang ikhlas.

“Tahniah Atiqah,kamu mencapai target sekolah dalam SPM” Cikgu Marziyah tersenyum seraya memeluk pelajarnya.

“Alhamdulillah,terima kasih cikgu,semua ini atas berkat cikgu semua” Atiqah tersenyum puas,

Ustazah Norna zalelawati mendekati Atiqah ; “Atiqah,Pendidikan Al Quran dan Sunnah kamu dapat A+”. Satu subjek penting bagi Atiqah kerana itu adalah syarat untuk melajutkan pengajiannya di Jordan dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh.

“Ayah,Alhamdulillah,Kak Ngah dapat keputusan cemerlang”

“Alhamdulilah,petang nanti ayah jemput Kak Ngah,Tahniah ye.” Akhirnya semua jawapan terungkai kini.

 ‘Allah,terima kasih’,monolog ayah di selangi dengan kata syukur.


7 September 2013

Akhirnya setelah 2 bulan menjalani pelbagai kursus persiapan ke Jordan Atiqah anak ayah Kak Ngah akan berlepas hari ini.Ayah tersenyum puas namun terselit rasa sayu melepas anak gadisnya di perantauan.Itu asam garam kehidupan,peluang sudah terbentang luas untuk masa depan anaknya,Ayah korbankan wang ringgit,masa dan tenaganya demi semua anaknya.Terima kasih Ayah !

“Qah,barang semua sudah siap? Dokumen penting jangan lupa,nanti susah,Pasport,lepas ni kita ziarah kubur arwah umi dulu”,pesanan ayah seperti biasa menjadi halwa telinga.

“Ya ayah,Kak Ngah nak siap” Kak Ngah mencapai baju yang sudah di gosok,Jubah bermanik menjadi pilihan hati,Kak Cik kelihatan sugul,Kak Ngah memahami jiwa adiknya,Biasanya Kak Cik keseorang di rumah,sementelah Kak Long bekerja di Kuala Lumpur dan adik bongsu mereka di asrama,tetapi sejak Kak Ngah tamat SPM Kak Ngah yang menemani kesunyian Kak Cik,kini Kak Ngah meninggalkannya lagi
.
Suasana hening menghiasi kawasan perkuburan Kampung Gong Bayor,Seorang suami memimpin anak-anaknya ke pusara arwah ibu mereka.

‘Umi,Kak Ngah akan terbang jauh ke bumi ambiya’,umi suka tak? Dulu Kak Ngah tak sempat berikan hadiahkan untuk umi dan ayah,ini hadiah untuk umi sebab lahirkan Kak Ngah di dunia ini’ air mata Kak Ngah laju menuruni pipi halus di iringi ucapan dari hatinya.

Klik ! bunyi kamera menamatkan pertemuan terakhir.

Pelukan ayah dan ciuman keluarga menjadi bekal dan kekuatan buat Kak Ngah. Setiap pertemuan ada perpisahan. Kak Ngah mendekati Kak cik lantas menarik tubuh adiknya dalam dakapan,mengesat air mata adiknya,lantas berkata,

“Jangan menangis,nanti Kak Ngah balik lagi,Kak Ngah kesana untuk belajar bukan melancong,belajar rajin-rajin,tahun depan SPM kalau ada rezki kita jumpa di Jordan, kalau ayah marah sabar la ye,Ayah tu sayangkan kita semua,nanti bila sampai sana Kak Ngah telefon Kak cik”. Kak Cik menunduk melindungi air matanya.

Pesanan ayah

“Qah,jaga solat nanti Allah jaga Qah walau di mana kita berada , belajar bersungguh,kalau ada masalah jangan lupa telefon ayah,sampai di sini ayah boleh hantar Qah,bila jalan depan sana jangan berpaling” Pesanan Ayah sayu kedengaran.

Kak Ngah menggalas beg,menahan air mata,Kak Ngah berjalan di kanan kirinya semua sahabatnya bersedia meninggalkan keluarga masing-masing. Pengumuman oleh pegawai yang membawa pelajar ke Jordan mula kedengaran, Kak Ngah berjalan sampai di pintu bilik balai berlepas empangan air matanya pecah lantas berpaling,Keluarganya semua melambai tangan,Kak Ngah melihat buat kali terakhir.Dengan kekuatan yang di miliki dan pesanan yang kemas tersemat Kak Ngah melangkah.

Akhirnya,seorang lelaki bergelar ayah melepaskan helaan nafas berasa lega,semoga anak ku selamat di Perantaun dan medan perjuangannya.

Akhirnya seorang anak mengenal erti pengorbanan seorang ayah,Lelaki itu ayah aku.
“Ya Allah sayangilah kedua ibu bapa ku seperti mana mereka menyayangi ku sewaktu kecilku” .
Ameen.






No comments: