Assalamualaikum :)

Hi guys!

Selamat datang ke blog Tiqah !
A wife to Ahmad Basyir and Insha Allah Mommy to be.

Suri rumah sepenuh masa dan berbisnes online Vitamin Shaklee dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cantik

Wednesday 5 March 2014

Hati Hijau

Assalamualaikum w.b.t

'Gelisah la,kenapa ni mcm tak sedap hati'
'Aku ada buat silap ke? Tapi dengan Siapa?'
'Susah pula nak faham tajuk yang ini,kenapa?'
'Aku solat selalu tidak khusyuk,kenapa?'


Pernah ke hadir perasaan mcm tu dalam hati korang semua? Kalau ada Itu Normal sebagai Manusia,Tapi tidak normal kepada Iman kita.

Sebut je perkataan Iman yang di fikirkan dan di bayangkan dalam 'Tempurung' kepala kita sesuatu yang sangat indah suasananya,Tenangnya jiwa,Teraturnya Orang yang beriman dalam perilakunya.Tapi sukarnya meraih Halawatul Iman !

Alamak ! apa pulak Halawatul Iman itu? Nasi Lemak Kopi O ke?  =D

Bukan la Kiah !

Halawatul Iman tu Kemanisan Iman   حلاوة الايمان

Iman itu apa? Iman anak Seman Tong Gas Tu ker?

Iman tu Membenarkan dengan hati,mengakui dengan lidah dan beramal dengan lidah.

Kemanisan iman itu bukan semanis cadbury,bukan juga semanis air tebu Hijau,tapi terlalu Manis,Terlalu sweet,Manisnya iman bukan di rasa dengan Lidah tapi dengan Hati Nurani.

Rasullah s.a.w bersabda "3 Perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga tiga perkara ini) padanya nescahaya dia memperoleh kemanisan iman iaitu Allah dan Rasul adalah lebih di cintai daripada yang lain,Dan dia mencintai seseorang semata mata kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci di lemparkan ke dlm api"
Riwayat Bukhari dan Muslim


Allah dan Rasul dicintai lebih dari yang lain?
Bagaimana?
Aku bagi beberapa Situasi

SITUASI 1

Allahhu Akbar ! Allahu Akbar ! Azan berkumandang di sebuah kota,Kedai Pakaian di musim perayaan masih tidak memberhentikan perniagaan,penyokongnya pula (Pembeli) seakan tidak mempeduli seruan Allah S.w.t bersayup kedengaran.Hanya membiarkan seruan indah itu berlalu di bawa angin malam.

Cinta kepada Allah kah begini?

SITUASI 2

3 Sahabat berjalan beriringan dengan gelak tawa,Kelihatan sungguh bahagia dengan Ukhwah Itu.
"Tasya,Shila,saya ada masalah,begini,Dulu saya pernah melakukan dosa mencuri tapi saya sudah bertaubat,adakah Allah menerima Taubat saya?"
"Oh,insya Allah,semoga Awak terus Istiqamah dalam berubah" (INI BETUL)
"ha? Kau pernah mencuri,kau ni kan memang tak guna la,muka je cantik,bla la kau" (INI SALAH)

Mencintai seseorang kerana Allah bukan suatu perkara yang mudah,Permulaan Ukhwah itu BERSANGKA BAIK



Cinta kepada Allah kah begini?

SITUASI 3

"Cantik la pakai Dress ni,tapi seksi la,eh tak pe kot,lain kali boleh bertaubat"
Dian keluar rumah tanpa keizinan suami,di tambah lagi Dress yang ketat berbalut tubuhnya.

"Cantik la tudung ni,banyak corak,warna pink lagi,tapi tudung ni Saiz S pulak,pakai yang lain la,Aku pakai dalam rumah untuk suami aku dapat pahala,pakai kat luar dapat dosa"

Istiqamah dalam meninggalkan maksiat bukan senang,MUJAHADAH !


Apa itu Hati Hijau?
Sebagaimana yang kita tahu,Hati sekeping daging yang terletak dalam badan,bentuk yang sentiasa menjadi pujaan manusia yang mengenal cinta,Cinta kepada Allah,Makhluk.Bentuk Hati sinonim dengan Cinta.
Rasullah Bersabda " Sungguh dalam badan ada segumpal daging,Jika baik maka baik lah seluruh tubuhnya,jika rosak maka rosaklah seluruh Tubuhnya"


Hadis ini sangatlah Ma'ruf dan Mashyur.Besar peranan Hati,seperi Raja.
Assalamualaikum w.b.t

Tapi sejauh mana Raja Itu mampu memberikan kebaikan kepada kita?
sejauh mana kita menjaga dan mencintai Raja kita?

Hati ini pada asal fitrah nya suci,bersih,putih ! Tidak memerlukan Vanish,Dynamo,Daia jauh sekali !
Tapi Saat ini hati kita sekelam awan yang menyimpan air hujan,Bila turun air putih kembali Awan itu.

Kenapa Hati Hijau? Bagi pandangan aku Hijau itu menyenagkan Jiwa,Kalau kalian semua rasa warna lain menyenangkan hati Tukar sahaja Tajuk Entry Aku untuk Kali ini. >.<

Bagaimana mencari Hati Hijau? Hati yang tenang,Hati yang tidak berserabut ! Jom baca lagi,jangan Bosan ! Kalau baru baca sikit tapi dah Bosan macam mana nak Teruskan Jalan dakwah yang Tiada penghujungnya.

Teringat Kata kata Ini.

"Rasullah TIDAK pernah kata 'Aku tidak ada masa untuk menolong isteri di dapur,aku tidak ada masa untuk bermain dengan cucu,aku sibuk dengan urusan dakwah'..Rasullah Suami Mithali,datuk penyayang,..Jadi bagaimana dengan Kita?"
Mutiara Kata Helaianhati.blogspot.com

Yang Pertama ~ Zikrullah (Mengingati Allah)

Apakah berzikir sekadar  الحمد الله,سبحانالله,الله أكبر ?
Itu benar,Tapi lakukan apa sahaja dengan mengingati Allah itu di kira berzikir,Lihat betapa Maha Pemurahnya Allah S.W.T. 
Tapi ingat,kalau Berzina dengan mengingati Allah,Hukumnya tetap Berdosa !
Niat tidak menghalakan cara !


Yang Ke Dua ~ Qiamulail ( Bangun Malam)

Jangan Fikir Bangun Malam sebab nak buang Sisa tu dah la ! =D
Maksud bangun malam di sini untuk beribadat,tapi dengan syarat kena tidur dulu,
Adakah hanya solat sunat sahaja di sebut Qiamulail? Tidak la begitu.
Qiamulail bangun untuk beribadat kepada Allah S.w.t,Ibadat bukan sekadar Solat,bahkan Sekadar menyebut 'Alhamdulillah' sudah beribadah.
Allah S.w.t berfirman dalam Kitab Agungnya

"Dan pada sebahagian malam hari,Solat Tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagi mu,Mudah mudahan Tuhan Mengangkat kamu ke tempat yang terpuji"
Surah Al Isra 17:79
  

Yang Ke tiga ~ Catatan Rahsia

Yang pasti kita semua manusia mempunyai Penulis masing masing.Khas Allah hantarkan untuk kita.
Maksud catatan Rahsia di sini bukan lah buku amalan yang sudah di 'Hadiahkan' untuk kita tu,tapi Kita sendiri yang membuat catatan kita.
Listkan perkara yang mesti kita lakukan setiap hari,Tanda dengan Sempurna,Perfect 100% !

Contoh

Ikhlas dengan diri sendiri.Bodohnya orang yang menipu diri sendiri.
Cuba Istiqamah dalam beberapa bulan,supaya kebaikan yang kita listkan itu sebati dalam diri.

Daripada Aisyah r.ha,Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.Sesungguhnya Allah s.w.t tidak sehingga kamu jemu.Amalan yang paling Allah sukai ialah Amalan yang berterusan walaupun sedikit"
Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Yang Ke Empat ~ Korban Diri

AWAS ! Jangan salah Faham,Ini bukan arahan untuk anda Memotong Leher Anda seperti Kerbau.
Bagaimana Korbankan diri?
Korban dari segi hati,harta dan Tubuh Badan.

Dari Segi,Aku bagi contoh yang sangat Indah Dimandikan Oleh Para Malaikat..
Kisah seorang Sahabat Rasullah s.a.w,Abu Hanzalah Bin Ar Rabie,ketika perang Uhud beliau baru sahaja di akad nikahkan,jadi Rasullah mengecualikan beliau turun berperang,ini lah cara Rasullah meraikan para Sahabat.Namun apabila bangun tidur Hanzalah mendengar dan mendapat berita tentera islam mendapat tentangan yang sangat hebat.Beliau terus menyarungkan Pakaian perang tanpa sempat Mandi Junub.

Setelah Hanzalah berperang akhirnya Hanzalah gugur syahid dalam keadaan sujud.
Satu perkara pelik telah berlaku,Rasullah s.a.w melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para Malaikat seperti mana sabdanya "Aku nampak antara langit dan bumi para Malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak"
Salah seorang sahabat Rasullah dari mereka lalu,Abu said saidi melangkah pergi melihat mayat Hanzalah.Wajah Hanzalah tenang.Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan begitu istimewa dari malaikat.

Kisah yang aku bawakan ini cukup untuk menceritakan Pengorbanan Hati,Harta dan Tubuh Badan.

Aku rasa setakat ini yang aku share untuk Entry Hati Hijau.Cuba praktis 4 Tips ini dulu ye.

Sebelum tu Aku nak minta maaf sangat sebab dah lama sangat tak update blog ni.Agak berhabuk berbakul bakul barangkali kalau di Di hitung.
Mohon pembaca semua doakan Aku sihat.
Insya Allah,jika Allah izinkan aku bernafas di masa akan datang akan menyusul Entry yang Lain.
Renung renungkan !
Selamat Beramal !



No comments: