Assalamualaikum :)

Hi guys!

Selamat datang ke blog Tiqah !
A wife to Ahmad Basyir and Insha Allah Mommy to be.

Suri rumah sepenuh masa dan berbisnes online Vitamin Shaklee dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cantik

Saturday, 25 January 2014

Memori Ummi

"Ummi,nak susu"
"Eh,cucu tok,meh tdow dengan tok,umi x de,Umi pergi ambil baby baru"
Aku menurut langkah nenek yang menuntun aku ke kamar,dalam keadaan mamai sewaktu 4 tahun.

Malam yang sama.
"Nab,tahan,ingat Allah,mengucap"
"Allah,Allah,Allah,"
Sampai perkarangan Hospital suara tangisan bayi mula kedengaran dalam sebuah kereta,Bayi sudah keluar,Seorang ayah memangku bayi diserahkan kepada isteri nya,

Ummi : Abang,anak lelaki atau perempuan?
Ayah : Anak perempuan.Abang masuk tengok Doktor,Sabar,ingat Allah.
Ummi : Abang,tengok anak kita dulu.

Saat itu darah semakin banyak keluar,tanpa di masukkan kembali dalam badan,
* Aku pon tak faham hal2 medic ni,tapi yang aku faham bila seseorang ibu melahirkan baby,darah keluar so kena masukkan balik la darah*

Stecher di tolak keluar dari hospital,mengangkat tubuh Ummi,Doktor hanya menolak strecher tanpa memasukkan darah kembali,menyebabkan tubuh Ummi semakin lesu.

Ayah : Doktor,kenapa tak masukkan darah dalam badan isteri saya.
Doktor : Jangan risau,ini kerja saya.

Ayah hanya diam.Tapi ayah bekerja di hospital,waktu sekolah dulu ayah pelajar yang cemerlang dalam subject aliran sains,jadi ayah bersuara sebanyak 3 kali sebagai peringatan kepada Doktor tadi,Tapi doktor tidak membuat apa apa tindakan.

Ada masaalah di Hospital Besut,Pihak Hospital mengarahkan Ummi di kejarkan ke Hospital Pasir Puteh yang memakan masa selama 20 Minit lebih kurang.Ambulans mula bergerak.Tiba di perkarangan Hospital Tengku Anis Pasir Puteh,tiada apa apa persediaan,pihak Hospital Tengku Anis tidak mendapat apa apa maklumat dari Hospital Besut,kebetulan Darah jenis arwah Ummi kehabisan di Hospital Tengku Anis.Jadi Hospital Tengku Anis menghubungi pihak Hospital Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Ayah sempat mengajar mengucap kepada arwah Ummi,Dalam perjalanan itu Allah mengambil arwah Ummi ku.

Bermula kehidupan seorang ayah aku tanpa seorang isteri.Dan aku dan adik beradik aku bermula kehidupan kami anak anak tanpa seorang Ibu.

Pagi yang hening.
"Tok,tok,Ummi dah balik ke? ada baby ke?'
"ye,umi dah balik (mungkin nada sebak)" *aku pon tak ingat hal nenek aku ni.

Kawasan Kubur.
"Tok,sape dalam lubang tu?"
dengar suara kat belakang
'eh,tengok tengok kan anak arwah,nanti jatuh pulak'

Waktu tu adik beradik aku 4 orang dalam umur 7 tahun - baby.
Mak cik aku cerita aku,ayah aku ni orang yang peramah,banyak cakap Tapi lepas arwah Ummi aku tak de ayah aku berubah 360 darjah ! Waktu arwah Ummi aku ad ayah aku jentik pon tak pernah tapi bila dah arwah Ummi aku dah tak de ayah aku memang jadi garang sangat,tegas !

Aku rasa kalau ayah aku tak garang adik beradik aku tak tau la jadi apa! Allah,Alhamdulillah.
Dan sampai sekarang ayah aku tak kawin,ada je orang nak,ini la yang di katakan 'SETIA HUJUNG NYAWA'
dan kami semua berjaya hidup dengan kasih sayang seorang ayah yang sangat garang,tapi bila dah besar ayah tak garang tapi sangat lah tegas.
Dan dengan didikan dan pengorbanan ayah lah aku mampu jejak kaki ke bumi Ambiya' ini.
Dah 15 tahun Arwah Ummi aku pergi,15 tahun jugak la umur adik aku.
Adik beradik aku,yang bongsu nama dia lain ckit,Ummi Syuhada.

Bila siasat balik,Doktor tu salah sebab ad buat silap,dan hospital tu salah sebab tak call dulu Hospital Tengku Anis nak transfer,tapi itu semua dah lepas,Mungkin Allah dah tetapkan jalan cerita ini.

kalau korang nak tau tarikh lahir arwah ummi 05/05/1965,arwah ummi meninggal 06/05/1999
kalau tengok tarikh Arwah ummi sempat hidup sehari selepas tarikh lahirnya.
Al Fatihah untuk arwah Ummi ku,semoga roh di cucuri rahmat.Ummi,kita jumpa di syurga.insya Allah

Cerita ini aku tuliskan bukan untuk minta simpati,ini sekadar perkongsian kehidupan aku dalam Musafir Dunia.Setiap orang ada cerita tersendiri.

tOlong kOmen !
ckit POn jadi lah



4 comments:

Unknown said...

ak taw cito nie...hhehehe

Unknown said...

ak taw cito nie...hhehehe

Unknown said...

hehehe..tau eh? nnti cter lagi bila balik malaysia

yunINSPIRIT said...

keep on being strong, dear

May Allah gave you strength:')

fi hifzillah