Assalamualaikum :)

Hi guys!

Selamat datang ke blog Tiqah !
A wife to Ahmad Basyir and Insha Allah Mommy to be.

Suri rumah sepenuh masa dan berbisnes online Vitamin Shaklee dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cantik

Thursday, 20 March 2014

Roda Nobita

Assalamualaikum w.b.t

"Doremon ! Doremon ! Tolong saya"

Syiu,Syiu,Syiu ! Taaddaa ! Doremon Muncul,Dengan Wajah Yang sunggul tapi masih Mengawal.

"Ye Nobita,apa yang aku boleh Tolong?"

"Tolong aku,Giant membuli aku"

~Seperti yang kita Tahu,Nobita sangat lah Pemalas dan selalu di Buli oleh Budak Nakal,Giant~

Nobita sangat Malas berusaha untuk mencari sesuatu,saban Hari dan setiap hari dia memanggil si Doremon yang mempunyai Poket sakti,Minta apa sahaja,pasti ada,jangan risau,Kalau inginkan Pizza Hut tengah malam Buta pon ada,

"Indahnya Hidup Nobita,Malangnya Kita kalau seperti Nobita"


Kita sangat malang kalau seperti Nobita jika terlalu mengharapkan dan sering mengharapkan keajaiban semata mata dalam kehidupan. Tidak ingin berusaha dengan titik peluh sendiri,dan mengecapi kejayaan sendiri atas Usaha kuat orang lain.Rasa Manis semasin air laut Mati.

Seperti juga Syurga,Adakah kita ingin menjejak kaki dengan 'Pahala Mengemis'.
Maksud aku 'pahala Mengemis' Ialah pahala yang kita dapat dari orang mengumpat kita,berhutang dari kita. Ya ! Itu benar,Pahala itu Milik Kita.Tapi Pahala kita sendiri di mana.
'Pahala Mengemis' itu sekadar Bonus,Tapi di mana Aset kita yang perlu di kumpulakan di dunia ini?

bagi sesiapa yang mengenali aku tidak hairan kalau mereka buat 'ketupat'


 ~macam la dia baik sangat nak nasihat orang dalam blog ni~

ya ! Itu benar tapi aku cuba mencari ruang untuk menasihati diri sendiri juga.insya Allah.

Roda kehidupan itu terkadang menjadi hukum karma.Bila kita melihat sesuatu di depan mata kita seperti wayang,tidak mustahil itu akan berlaku dalam coretan Hidup kita.Hukuman itu bukan semuanya pedih dan pahit.Ada manisnya,Asiyah di hukum suami sendiri pelbagai siksaan,tapi dengan Hukuman itu kemanisan iman di janjikan Allah sehingga Janji Allah membina istana buatnya di syurga.Manisnya !
Tapi kita baru ujian yang menjenguk sebesar kuman sudah mengeluh.Di mana mujahadah kita? Apabila kita mendekati Allah s.w.t, Allah datangkan ujian kerana ingin melihat sejauh mana kita mengejar Cinta Allah,sejauh mana kita kuat dalam Jalan Nya.

20 Mac 2014 ~ Subuh
Tadabur Surah Al Maa'rij 19

"Sesungguhnya Manusia di ciptakan bersifat suka mengeluh" 

Tidak percaya kah Kekuatan kita dalam bersabar itu tanda cinta kita kepada Allah s.w.t?

Surah Al Ahzab 21

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullah suri teladan baik bagi kamu...."

Rasullah tetap teguh dengan cinta Allah walau ujian sekuat mana pun..Tempat mengadu pada Allah,bukan pada Facebook,bukan pada Twitter,Bukan pada Instagram.

Tahu atau tidak,ada satu kisah Nobita,dia bertekad tidak ingin memanggil Doremon dalam sehari sebagai Praktis kepada diri dia sendiri.Walaupun hari itu agak malang baginya dengan Giant yang Membulinya,dengan Encik Guru yang mengejeknya,cukup memenatkan bagi Nobita kerana setiap hati Doremon ada membantunya,sekali sekala Doremon mengeluarkan 'Nobita Jadian' di rumah.Sungguh Lucu cerita kartun Nobita tapi jika lihat dengan mata hati ada Hikmah Setinggi Gunung Evrest.

Kanak kanak hanya tahu gelak ketawa kisah Nobita ! Tapi kita yang sudah besar panjang tilik kembali kisah Sahabat Nobita dan Doremon.

Pengakhiran Nobita dan Doremon sangat la menyedihkan !
Suatu hari Nobita pulang dari sekolah,menerjah Doremon,Tetapi Doremon hanya diam membatu,buat bodoh je,buat tak layan ! Nobita menjerit,DOREMON ! Nobita tolak Doremon,jatuh tersungkur.Kejutan sangat.Tak pernah Di bayangkan. Nobita memanggil Dorami,adik Doremon.Kata Dorami,Doremon kehabisan Bateri tapi Bateri tu kalau nak di gantikan kena ada memori pada telinga kerana Doremon adalah Robot yang suddah berabad lamanya,Tapi Doremon.Doremon tidak ada Telinga ! Kerana telinganya hilang sewaktu sesat mencari dunia.

Hanya dua jalan yang ada Dorami cadangkan.Biarkan sahaja Doremon Begitu atau jika Gantikan juga bateri Doremon akan hilang ingatan,termasuk sahabatnya,Nobita.
Nobita ambil jalan,biarkan Doremon begitu dan berjanji akan belajar bersungguh dan akan menciptakan telinga untuk Doremon.Setelah 29 Tahun,akhirnya Nobita menjadi pelajar cemerlang,Dan berjaya menciptakan telinga untuk Doremon.Mereka kekal jadi sahabat yang Bahagia.



-MAHU ATAU TIDAK SEPERTI NOBITA-?

Mahukah kita jadi seperti Nobita? Lupa bahawa sahabatnya Doremon itu hanya sahabat sementara

Manusia sering lalai,sering lupa ! lupa hari perhitungan.
Adakah selepas kematian saudara kita dalam konsert Future Music Festival Asia (FMFA),selepas kehilangan pesawat MH 370 baru rakyat Malaysia baru tergopoh gopoh nak ingat tuhan?  Itu Salah.
Ingat Allah pon dengan Bomoh Bagai =D.Khurafat !

Aku dekat Jordan Ni rasa mcm nak lucutkan je kerakyatan aku sebagai Rakyat Malaysia.Malu dengan Rakyat Malaysia semakin hanyut ! Kalau aku angkut 'family' aku datang Jordan jadi pelarian Malaysia yang pertama la pulak statusnya.

-JADI SEPERTI NOBITA TAPI BUKAN NOBITA-

Jangan jadi seperti Nobita yang selalu lupa,yang selalu bergantung pada orang lain.

Kita makhluk Allah yang paling istimewa Allah ciptakan,Yang paling bertuah,punyai akal.TAPI bangkai manusia yang paling Busuk ! Tak Nak Bangkai / Mayat kita Busuk rajinkan baca Al Quran,sedekah,mengajar ilmu yang bermanfaat.Semoga Redha Allah dan pahala mengalir walau kita di alam lain nanti,insya Allah.

Akal itu yang membezakan kita dengan makhluk lain.Akal itu yang menaikkan kita darjat istimewa.
Jika kita sebagai manusia yang mempunyai akal tetapi tidak mampu mengawal nafsu,tiada Keistimewaan kita. Jika kita selalu bergantung harap dengan orang lain,Tiada gunanya Allah mengurniakan kita Tubuh badan yang sempurna.Ok STOP ! Jika ada pembaca saya kalangan orang yang OKU (Orang kelainan Upaya) adakah kamu semua ingin menjadi sekadar 'peminta Simpati'.. Itu tidak lah salah,manusia ada cara tersendiri. Aku bagi satu perumpamaan Puas hati kah kita dengan orang yang meyarungkan kaki kanan dengan kasut kiri? Tidak !

OKU - Orang Kuat Usaha !

Jadi seperti Nobita,bertekad mengubah diri, dengan cara yang betul,dan sedar kesilapan diri sendiri 

Kita Manusia biasa,tidak terlepas dengan kesilapan.Sedar atau tidak Kesilapan itu yang menjadi guru kita yang setia,tidak memarahi kita,tidak pernah pon meminta apa apa,yang ada cuma ingin menjadi  itu pen'Tarbiyah' kita secara sembunyi.Kata orang 'Sembunyi itu Ikhlas'.Tapi kita selalu membenci kesilapan.Bersyukur bila melakukan kesilapan kali pertama kerana kita akan mengenali kebenaran.Tapi jangan ulangi kesilapan kali ke dua kerana itu adalah diri kita yang lalai.

Mengubah diri cari lah jalan dan wasilah yang benar ! Bukan Bomoh =D

Allah berfirman " Wahai orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan cari lah Wasilah / Jalan yang (boleh) mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah pada jalanNYA supaya kamu mendapat kejayaan" Surah Al Maidah 35.

Alhamdulillah ! Akhirnya siap yang terlalu lewat ! Mohon Maaf sangat.
Doakan saya di sini dan semua rakyat Malaysia.
Salam Sayang.

No comments: