Terkadang kita beramal bukan kerana Allah,tapi beramal semata mata ikutan,beramal bukan kerana Hati terikat dengan Cinta Allah.Bahkan kita mengetahui banyak perkara tentang islam tetapi kita tidak teruja untuk menyebarkan kepada orang lain,Tetapi jika soal Dunia,kita tidak lokek dengan gelaran 'lipas kudung' dalam menyebarkan hal dunia.
Dalam 7 Rangkaian surat cinta ini semua menunjukkan dalam satu Item sebagai kehidupan seorang Muslim sekaligus seorang Mukmin. Allah S.w.t sebagai Paksi Kehidupan.
7 rangkaian surat Cinta ini
-Surah An Nas
-Surah Al Falaq
- Surah Al ikhlas
-Surah Al Masad
-Surah Al Nasr
-Surah Al kafirun
-Surah Al Kausar
Refresh Iman!
Surah An Nas...
-Manusia = HAMBA
-ALLAH = Rabb,Malik,Ilah
-Allah sahaja yang mampu memberi perlindungan kepada manusia daripada Godaan syaitan ,Jin dan manusia serta Hawa Nafsu
-Motivasi untuk seseorang berubah dengan meminta perlindungan kepada Allah daripada godaan dalamannya yang melalaikan
Surah Al Falaq...
-Minta perlindungan kepada Allah daripada ancaman luaran (Kejahatan Malam,wanita,Hasad Dengki)
-menekankan kepentingan mempunyai sahabat dan Biah (Suasana) yang baik.
-Merasakan hanya Allah sebaik baik perlindungan kepadanya.
Surah Al Ikhlas
-Istiqamah perlu kepada tauhid dan iman yang benar bagi melahirkan keikhlasan yang mendorong amal kebaikan yang lain
-Perlu lahir rasa kebergantungan yang tinggi kepada Allah As-samad.
-Pertolongan manusia tidak akan pernah setanding dengan pertolongan Allah.
Surah Al Masad
-Sunnatullah : Cabaran bagi pendakwah/orang yang mahu berubah selalunya datang daripada orang/keluarga yang terdekat
-Ramai tidak istiqamah kerana di uji dengan keluarga
-perubahan harus bersih dari pelbagi aspek melainkan berubah kerana Allah
-Terus bersabar dan berdoa serta berusaha memahamkan keluarga
Surah An Nasr
-Allah swt menjanjikan pertolongan dan kemenangan atas kesabaran menempuh ujian-dalaman,luaran mahupun keluarga sendiri.
-pertolongan hadir setelah terbukti istiqamah dan pengorbanan.Kemenangan = Allah membuka hati manusia kepada islam.
-Tidak boleh sombong dan bongkak ketika menang.Perlu tunduk kepada Allah dengan iringan ucapan tasbih,Tahmid dan istigfar.
Surah Al Kafirun
-Islam itu berbeza dengan kekafiran dan jahiliyah tidak bercampur dan tiada Kompromi.
-Ibadah = Tidak menyekutukan Allah.
Surah Al Kausar
-Kutukan dan celaan ketika mahu berubah / Berdakwah itu hanya sedikit berbanding nikmat yang banyak yang telah/bakal Allah Berikan.
-Nikmat terbesar - Iman dan Islam
-Manifestasi syukur kita kepada Allah dengan menggunakan seluruh anggota badan bekerja demi islam.
-Apabila kita bersyukur ,Allah Akan menambahkan lagi nikmat-NYA.
Bagaimana?...Apa Tindakan kita?...
sesuatu Ilmu tanpa Di praktiskan tiada Gunanya..Tiada Hasilnya..
Sebenarnya sedar atau tidak kehidupan sangat memerlukan Intipati dari 7 rangkain Cinta Di atas.
BERTASBIH
MEMUJI ALLAH } Surah An Nassr
ISTIGHFAR
MENJADI A'BID } Surah Al Kafirun
BERSOLAT
BERKORBAN } Surah Al Kautsar
MENGESAKAN } Surah Al Ikhlas
Sudah habis perkongsian Kali ini untuk 7 Rangkaian Surat
Manusia punyai kehidupan yang berbeza,raut wajah yang berbeza.Tapi Kehidupan kita hanya berpaksi kepada Yang satu,memberikan erti bahawa kita semua harus bersatu dalam satu Agama.
Manusia begitu Jauh dengan Al Quran.Jika manusia itu dekat mengapa masih ada kes Rogol,Kes lari Rumah,Kes Buang Anak? Pensyariatan sesuatu perkara oleh Allah bukan untuk menambah kemudaratan kepada Kita,Malahan memberi Kebahagiann.
Pening ! Manusia berfikir Belajar agama adalah pilihan Terakhir bila Habis SPM? semurah Itu harga Agama? Ya ! Semua ilmu di dunia ini Hatta ilmu menjala Ikan adalah Ilmu Allah s.w.t
Tapi mengapa meletakkan Belajar agama Pilihan Terakhir? seramai mana Manusia di luar sana 'BUTA' membaca Al quran? Tidak tenatkah,tidak parahkan Umat islam Kini? Yahudi di sana,Kafir Di sana Bergoyang kaki betepuk tangan berpuas Hati.
Biarkan soalan ini terbawa dalam Tidur Kalian..
Kerana Jawapan ada pada Kalian.
Sekian.
.jpg)



No comments:
Post a Comment