Assalamualaikum :)

Hi guys!

Selamat datang ke blog Tiqah !
A wife to Ahmad Basyir and Insha Allah Mommy to be.

Suri rumah sepenuh masa dan berbisnes online Vitamin Shaklee dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cantik

Friday, 12 September 2014

Manis-manis Halawiyat Manis lagi....

بسم الله الحمن الرحيم

Assalamualaikum

Kata orang setiap perkara ada hikmahnya ! kalian rasa benar atau tidak HIKMAH itu wujud dalam setiap posisi kehidupan kita? Kerana di dunia ini ada 2 perkara 

  • Imanginasi & wujud
  • Imaginasi & tidak wujud
Dan Hikmah adalah Imaginasi & Wujud
Adakah Encik Hikmah itu seperti Air yang putih? yang mampu membersihkan ?
Adakah Encik Hikmah itu  seperti  sabun yang wangi? yang mampu mewangikan?

Pada aku Encik Hikmah seakan sinaran mentari dalam kehidupan seseorang manusia,
bila manusia di timpa masaalah hidup seakan gelap di bawah gerhana matahari,namun kehadiran sinaran mentari itu menghilangkan segala kegelapan ! cahaya sinaran mampu di nikmati setelah kegelapan di rasakan cukup kelam.

Seperti kehidupan seorang remaja Burma yang meringkuk di dalam penjara Malaysia,berbulan-bulan lamanya,namun Hafiz tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang muslim dengan senyuman yang mekar,semekar mentari di pagi hari.

Hafiz setia mengalunkan kalimah Allah sehingga insan yang lain menyedari kehadirannya,akhirnya Hafiz di bebaskan.
Betapa keperitan itu memerlukan kesabaran yang tingi sehingga Allah berfirman dalam Al Quran :

"Dan sungguh kami akan memberikan ujian kepada kalian dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" Al Baqarah 155

Sedar dan tidak sedar kita sering mempersoalkan 'kenapa aku'?
Dan sedar tidak sedar Allah sudah memberikan peringatan terlebih dahulu di dalam Al quran bahawa kita semestinya akan di Uji. Dan Allah sudah juga berpesan dalam surah Al Insyirah :

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" Al Insyirah 5

Maka berlapang dada lah sewaktu di uji !
Dan engkau Nur Atiqah ! Berlapang dada lah !

Jika benar itu yang di tentukan Alhamdulillah !
Jika benar itu bukan yang di tentukan bersyukur lah !

Manis-manis Halawiyat manis lagi Hikmah dari Allah s.w.t

Hikmah Allah memberikan aku masa setahun mengenali diri , mempelajari sesuatu dalam kehidupan di Bumi Syam. Dan kini Allah menghadirkan ujian yang medan mempelajarinya setahun yang lepas ! Yes ! Muslimah,Mujahidah, Solehah ,Qowiyah..

Buat pembaca yang setia melayari coretan demi coretan , terima kasih.
Aku bukan  penglipur lara yang indah berpuisi,tetapi coretan ini sekadar meninggalkan sesuatu dan memberikan sesuatu dalam hidup aku sendiri dan Kalian.

Biar pun kalian tidak meninggalkan jejak / Komen namun jejak kalian dari mana masih di tinggalkan,Dari Mesir,dari Malaysia,dari Jordan,dari Indonesia dari Europe !

Syukran Jazilan,Thank You,Terima kasih,Gracias !

Untuk sahabat yang akan menjejakkan ke Bumi Ambiya tanah Munawarrah ,Selamat berjuang !
Untuk adik-adik baru yang akan menjejakkan kaki ke Jordan,Selamat Berjuang !
Dan Untuk sahabat yang akan pulang kembali ke Jordan dari cuti semester Selamat Pulang !

Percayalah,Manis-manis Halawiyat,manis lagi Hikmah Allah .

No comments: