Sekian lama menyepi dan blog ini terus di kunjungi walaupun tiada entry yang baru,terima kasih semua.
Bukan merajuk hati cuma perkara yang lebih utama tergalas di bahu,kalau di lihat barangkali sudah senget meruntun di bumi.
Hari ini bukan lah untuk bercerita perihal yang itu,hari ini duduk sebentar berfikir apa yang ingin di kongsi,mencongak kehidupan kita teringat Hadis Rasullah S.a.w mafhumnya
"Menuntut Ilmu kewajipan setiap muslim"
Jika di renungkan pesanan junjungan yang mulia Rasullah s.a.w, tanggungjawab menuntut adalah untuk semua orang yang bergelar Muslim,tidak kira Tua,Muda,Raja,Pemimpin Negara hingga ke golongan Marhaen. Jadi mengapa perlu kita perlu soalkan tanggungjawab ini? Tugas menekuni khazanah ilmu sememangnya matlamat teratas dalam setiap jiwa.
Suasana hening , seorang pemuda yang bernama Muhammad sedang bersendiri mencari ketenangan di Gua Hira' kerana jiwanya tulus dan ikhlas menghambakan diri kepada Pencipta-Nya.
"Iqra"
Wahyu pertama yang di turunkan kepada baginda Rasullah s.a.w ialah "Iqra".
Baca lah ! Bahawa ketika ini Kekasih Allah ini seorang yang Ummi,buta huruf, masakan di suruh membaca? Kerana Ilmu sangat berkait rapat dengan membaca,sekali gus menunjukkan bahawa islam adalah agama yang syumul dan sangat menekankan ummatnya agar menjadi ummat yang unggul sehingga bentuk kesucian dan keagungan islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.
Ulama' terdahulu terlalu mujahadah untuk menuntut ilmu,
- Imam Syafie' sanggup meninggkan keluarga walaupun di usia yang muda
- Imam Bukhari berjaya mengumpulkan hadis 7275 (Rujuk Kitab Taisir Mustholah Hadis)
- Imam Muslim berjaya mengumpulkan hadis 12000 (Rujuk Kitab Taisir Mustholah Hadis)
"Islam itu berdiri di atas Ilmu,Bukan di atas kema'suman seseorang Tokoh"
Dalam liku-liku menuntut ilmu ada satu nilai yang berharga -Amanah-
Teringat kisah Imam Syafie',pernah di tanya kepada beliau ketika beliau di atas tunggannya.
"Wahai Imam Syafie berapa kaki haiwan tunggan engkau?".Imam Syafie turun dan mengira,timbul hairan oleh orang yang bertanya "Mengapakah engkau mengira walhal aku kira engkau sudah mengetahui",Imam Syafie menjawab "Kerana aku khuatir sekiranya aku tidak amanah dengan Ilmu ku"
Rasullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang menempah satu jalan kerana mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga"
Riwayat Muslim
Sebenarnya kalau nak bercerita banyak kisah para Sahabat,Ulama' terdahulu,banyak hadis dan dalil Al-Quran tetapi saya bukan lah orang yang layak untuk bercerita soal lmu,sekadar berkongsi apa yang di ketahui sahaja.
Mengimbau kembali pertama kali Saya melihat Kota Amman,Jordan September 2013 setelah berbelas-belas jam dalam perut pesawat Royal Jordan. Mata mula berkaca terkenangkan keluarga yang jauh beribu batu.
Ayah pernah tanya "Ayah boleh hantar Qah belajar ke Jordan,cuba cakap dengan Ayah kenapa Qah nak pergi sangat?"
"Ini jalan yang kau pilih,kuat lah wahai diri"
kerana
Imam Syafie' berpesan : "Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman,tinggalkan negeri mu,Merantaulah ke negeri orang"
Imam Syafie' meninggalkan keluarga dan bergerak ke Madinah untuk menuntut ilmu dengan gurunya,Imam Malik iaitu penulis kitab Muwatta' sehingga Imam Syafie' menjadi murud kesayangan Imam Malik kerana ketinggian rasa cintanya kepada ilmu.
Tepuk dada,Tanya Iman,adakah diri aku benar-benar mujahadah menuntut ilmu?
Pernah terdetik 'Menyesal' merantau di Jordan bila pulang dari kuliah tak faham apa yang di syarahkan Doktor, ini kah ujian di sini? Istiqamah.
Mendongak ke dada langit di waktu angin 'winter' bertiup.
'Oh Allah' jadikan kami perantau yang benar-benar mencintai ilmu kerana mu.
'Oh Allah' temukan kami dengan ilmu yang benar.
Hamka Berkata :
Pengubat Jerih Hidup Manusia adalah Dua
-Iman kepada Allah
-Percaya Kepada Sahabat.
Ilmu.
Mafraq,
Jordan.
28 Jan 2015




No comments:
Post a Comment