Assalamualaikum :)

Hi guys!

Selamat datang ke blog Tiqah !
A wife to Ahmad Basyir and Insha Allah Mommy to be.

Suri rumah sepenuh masa dan berbisnes online Vitamin Shaklee dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cantik

Saturday, 31 May 2014

Bagasi Summer

Jari menari di keyboard...

Bunyi Roda Bagasi setiap hari semakin kerap singgah di gegendang telinga,Hati sebak mengenangkan Sahabat seperjuangan aku Pulang sementara waktu Musim panas di Jordan,Sedangkan aku meneruskan perjuangan aku di Gerabak Fiqh di Negara kaktus kering. Hati tidak lah memanggil melangkah Pulang ke Malaysia,tapi hati menebak 'Sahabat jangan Tinggalkan aku'..Tapi apakan daya...

Epilog Kakanda Zalikha,Auni,Farhana
Kalian aku tidak pernah terlintas di cerita Jordan aku,Tapi takdir Allah atas Ukhwah menjadikan kalian tempat aku bergantung sebagai seorang adik di sini.Saat akhir kalian di sini semakin aku mendekat,semakin berat,Tapi kalian pulang Kerana Malaysia memerlukan kalian kali ini.Kalian yang memeluk erat bahu aku ketika aku jatuh.Terima Kasih !

Sahabat Ku,Siti Hajar,Nurul Fatina
Kalian yang sudi melayan karenah aku yang kecoh dengan 'Cik Joyah,Cik Kiah'..Kalian yang sudi membalaas ucapan 'Good Nite Kak Long,Tina'...Kalian yang sudi mendengar Bebelan Mak nenek aku,
kalian yang sudi menegur,..Tahniah,Siti Hajar pulang dengan kalungan MUMTAZ ! Pulang lah Kalian,Aku tidak memaksa,Tapi aku hanya tidak melepaskan.
Jumpa Musim Salji Nanti. Doakan  Aku Qowiyah Di sini,Dan Jadi Si bawaiyh Summer Ini.Yeay !

Bintang Hati Ku,Ameera Ain,Khaulah,Wafa,
Selamat Pulang ke Malaysia.Rindu telatah Kalian yang sering singgah di Gerabak 21,Bayang bayang kalian masih melekat di Sini.Jangan lupa bawa ole ole.Tahniah Kalian Bintang Hati ku.

Musim Salji Berlalu,Musim Panas Menjengah ! 

Apa yang aku dapat sehingga Kini ? Huh ! Mengeluh sendiri.Barangkali kalau aku pulang Ke Malaysia seperti Tin kosong.Aku Tidak ingin Pulang tanpa Ilmu.Malaysia semakin Tenat,Tenat  Ad-Din.
Malaysia,Di Mana Daie',adakah sekadar Mad'u yang wujud? Aku Ingin menjadi Daie' Itu,Aku juga ingin menjadi Mad'u.Aku Ingin Di rindui Imam Hassan Al Banna kerana

"Sesungguhnya aku sangat merindui seorang pemuda / pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah Ummah"
As Syahid Imam Hassan Al Banna

3 Bulan ini aku mengheret Bagasi Summer yang sarat dengan kemahuan ingin berubah,Ingin meninggalkan maksiat.Ingin Mencari kekuatan di sebalik kelemahan.

Semoga dengan suasana Musim Panas yang pertama kali aku lalui Allah memberi secebis kekuatan.
Kelas Kuliah setiap hari di Extra kan dengan Puasa Bulan Ramadhan.Kuat la wahai Nur Atiqah,Sahabat dulu berperang di Bulan Ramadhan, ! Jangan mengeluh ! 

"Wahai hati,Kuat lah,bukan Untuk hari ini,Tapi untuk selamanya"
helaianhati.blogspot.com










Muatan Bagasi Summer !

Jika Allah Campakkan Secebis Sahaja kekuatan,Aku sudah mampu berdiri.Insya Allah.
Jika Allah memimpin Aku walau Jari,Aku mampu menuntun,Insya Allah.
Jika Allah memeluk aku walau Sesaat,Aku mampu tegak,Insya Allah.

Bagi yang sedang membacakan Coretan kali ini,Mohon doa kalian Untuk aku,kerana doa kalian mungkin di angkat ke langit.

Aku menyeru diri aku khusunya dan sahabat semua,Bersiap kalian dari Saat ini Untuk Ramadahan Al Mubarak,Kerana hidup bukan sekadar angan angan kosong tapi menuju ke Destinasi yang pasti dengan bekalan yang utuh,Ramadhan Al mubarak ini lah peluang kita menggandakan bekalan tersebut.Tapi AWAS ! Istiqamah kita selepas Ramdhan kali ini lebih baik dari kita berhenti beramal di telan Nikmat Dunia !

"Wahai orang orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah daerah sempadan) serta bertaqwalah kepada Allah,supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" Surah Al imran 200

Kunci Bagasi Summer !

Mencari kekuatan di sebalik kelemahan itu sukar ! Bukan sukar seperti menolak Tong Gas,Tapi sukar.....
Apabila aku kurang memanfaatkan masa 24 Jam,diri lalai..Dunia !..

Sebuah Hadis di riwayatkan daripada Thaubah ra,Bahawa Rasullah s.a.w bersabda,"Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan umat,umat islam akan lemah.Di atas kelemahan itu,Orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama"

Maka Para sahabat r.a  bertanya,"Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda s.a.w "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna,Tidak bererti dan tidak 
menakutkan musuh.Mereka adalah ibarat Buh Di laut"

Sahabat bertanya lagi "Mengapa seramai itu tetapi tidak bererti dan tidak berguna?

Jawab Rasullah s.a.w "kerana ada dua penyakit,Iaitu mereka di timpa penyakit Al-wahn"

Sahabat bertanya lagi,"Apakah itu Al wahn?"

Rasullah menjawab " aL Wahn ialah penyakit cintakan dunia dan takut akan kematian"

Ini realiti Umat islam sekarang ! Allah,Jauhkan kami dari Al Wahn.....

Mari kita beribadat setia masa !..Bagaimana? Ikhlaskann diri kerana Allah..Insya Allah..
Semoga kata kata dan coretan aku tidak menjadi saksi kejahatan ke atas diri ku di akhirat kelak.

Selamat Pulang ke Malaysia Perantau Jordan.
Selamat Bermujahadah Penuntut Jordan.


Semoga Bagasi Summer pertama kali dalam 19 Tahun Usia ini,Aku berjaya melaluinya dengan kekuatan sendiri,dengan Keteguhan Jiwa,Tersenyum dengan Doa Ayahanda di Malaysia dan keluarga ....

Sekian.
Bintu Azam,
Mafraq,Jordan 
01062014 
0000 Am





3 comments:

zuhaira nasrin said...

Tabah tqah! InsyaAllah DIA permudahkan sgla urusan. Belajar belajar belajar dengan ikhlas. :)

Unknown said...

terima kasih..semoga Allah memberikan kita kekuatan bersama...

Atiqah said...

Akak memerhatikanmu dr jauh. :)
Sabarlah.. moga Allah kuatkan setiap lgkhmu di bumi ini. Hamasah dan tadhiyahmu pst kan dihanjari